Aku memang suka tengok citer katun. Tapi bukan katun spongebob atau upin ipin tau. Katun yang aku maksudkan ialah katun-katun yang berunsur ganaz( 18 sg ler tu... eiii..simpang). Sekarang ni katun-katun sedemikian sudah menjadi kegilaan para remaja, dan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli mainan-mainan model karektor katun-katun sebagai koleksi peribadi. Contohnya, transformers, dragonballz( i like), naruto, gundam, bleach dan banyak lagi. Kat kl ni memang banyak kedai-kedai yang menjual model-model mainan ini tumbuh bak cendawan di waktu pagi. hehehe... Kat midvalley ada, times square ada, low yuat ada, sg wang ada, pyramid ada dan memang banyak la... kalau aku sebut satu-satu... sok pagi pun tak abih lagi. Aku ingat lagi masa aku kecil aku ada mainan robot keretapi warna itam, tapi abang aku rembat pastu ilangkan. hahhaa... dah baca cuba ingat balik yer.. hehehe...
Aku ada la jalan-jalan kat Amcorp mall petaling jaya, korang mesti tau tempat nihh kan. Naik LRT turun kat amcorp, singgah jap kat A&W pekena rutbir float.... pehhh... dulu, pastu baru ada tenaga nak teruskan perjalanan ker amcorp mall. Kat sana pada setiap sabtu dan ahad ada flee market. Depa ada jual syiling lama, baju, setem lama, duit lama( cuba pak carik duit suharto.. bisa tarik duit..hehehe), dan pelbagai barang-barang antik. Belah lower ground banyak jual barang-barang antik la. Belah-belah atas baju-baju bundel kot dan aksesori wanita. Ada satu kedai yang aku singgah lama sat... kedai jual barang- barang model mainan. Tapi yang ini aku pertama kali nampak walau pun dah banyak kedai aku pergi, yang ni paling membuatkan aku fuyooooo.... .
Kedai ni ada jual barang-barang dari cerita-cerita hits di layar perak, saperti Lord of the rings, starwars, predator dan iron man. Aku suspek( respect) bila tgk ada lak jual pedang aragon, legolas dan arwin. Pedang aragon ku ingat plastik bila di angkat, allah mak... berat daaa.
Panjangnya pedang aragon tu...
Bukan itu aja... yang paling best aku tengok ada lak baju suit Iron Man. Aku ingat topeng jer... rupanya satu suit penuh. Ni kalau aku pakai buat jalan-jalan kat sekitar klcc ni mesti ramai yang minta autograph. hehehe...
Sambil asyik aku jenjalan kat sekitar , aku ada ternampak satu kedai yang amat menarik minat aku. Ini bukan kedai mainan anime, tapi kedai barang-barang tactical . Pehh... faveret den nihh. Kena mashukk... jangan tak masuk. Macam-macam ada, alatan untuk paintball, topi, google, skaf, kelengkapan dia, sniper scope, baju dan seluar ashkar, dan yang paling best topi tentera russia pun ada ( for mother rushia... ).
Kedai-kedai jual alatan tactical ni dah banyak tempat aku gi, kat times square ada satu, depan bb plaza ada satu, kat pertama ada satu dan kat sq wang dan low yat ada tapi dah pindah ntah kemana. Kedai yang aku singgah kat amcorp ni nama dia RNJ venture. Alah.. ko taip jer kat facebook RNJ, kuarkan gambo dia. RNJ ni ada 2 branch , 1 kat bangi dan 1 kat amcorp.
Nilah ghupe kedai nya yang bertempat di amcorp mall pj
Tiada ulasan:
Catat Ulasan