Selasa, 26 April 2011

Anime dan Tactical Gear...

Aku memang suka tengok citer katun. Tapi bukan katun spongebob atau upin ipin tau. Katun yang aku maksudkan ialah katun-katun yang berunsur ganaz( 18 sg ler tu... eiii..simpang). Sekarang ni katun-katun sedemikian sudah menjadi kegilaan para remaja, dan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli mainan-mainan model karektor katun-katun sebagai koleksi peribadi. Contohnya, transformers, dragonballz( i like), naruto, gundam, bleach dan banyak lagi. Kat kl ni memang banyak kedai-kedai yang menjual model-model mainan ini tumbuh bak cendawan di waktu pagi. hehehe... Kat midvalley ada, times square ada, low yuat ada, sg wang ada, pyramid ada dan memang banyak la... kalau aku sebut satu-satu... sok pagi pun tak abih lagi. Aku ingat lagi masa aku kecil aku ada mainan robot keretapi warna itam, tapi abang aku rembat pastu ilangkan. hahhaa... dah baca cuba ingat balik yer.. hehehe...
Aku ada la jalan-jalan kat Amcorp mall petaling jaya, korang mesti tau tempat nihh kan. Naik LRT turun kat amcorp, singgah jap kat A&W pekena rutbir float.... pehhh... dulu, pastu baru ada tenaga nak teruskan perjalanan ker amcorp mall. Kat sana pada setiap sabtu dan ahad ada flee market. Depa ada jual syiling lama, baju, setem lama, duit lama( cuba pak carik duit suharto.. bisa tarik duit..hehehe), dan pelbagai barang-barang antik. Belah lower ground banyak jual barang-barang antik la. Belah-belah atas baju-baju bundel kot dan aksesori wanita. Ada satu kedai yang aku singgah lama sat... kedai jual barang- barang model mainan. Tapi yang ini aku pertama kali nampak walau pun dah banyak kedai aku pergi, yang ni paling membuatkan aku fuyooooo.... .
Kedai ni ada jual barang-barang dari cerita-cerita hits di layar perak, saperti Lord of the rings, starwars, predator dan iron man. Aku suspek( respect) bila tgk ada lak jual pedang aragon, legolas dan arwin. Pedang aragon ku ingat plastik bila di angkat, allah mak... berat daaa.

                            
                                          Panjangnya pedang aragon tu...

Bukan itu aja... yang paling best aku tengok ada lak baju suit Iron Man. Aku ingat topeng jer... rupanya satu suit penuh. Ni kalau aku pakai buat jalan-jalan kat sekitar klcc ni mesti ramai yang minta autograph. hehehe...
Sambil asyik aku jenjalan kat sekitar , aku ada ternampak satu kedai yang amat menarik minat aku. Ini bukan kedai mainan anime, tapi kedai barang-barang tactical . Pehh... faveret den nihh. Kena mashukk... jangan tak masuk. Macam-macam ada, alatan untuk paintball, topi, google, skaf, kelengkapan dia, sniper scope, baju dan seluar ashkar, dan yang paling best topi tentera russia pun ada ( for mother rushia... ).
Kedai-kedai jual alatan tactical ni dah banyak tempat aku gi, kat times square ada satu, depan bb plaza ada satu, kat pertama ada satu dan kat sq wang dan low yat ada tapi dah pindah ntah kemana. Kedai yang aku singgah kat amcorp ni nama dia RNJ venture. Alah.. ko taip jer kat facebook RNJ, kuarkan gambo dia. RNJ ni ada 2 branch , 1 kat bangi dan 1 kat amcorp.

                                          Nilah ghupe kedai nya yang bertempat di amcorp mall pj
Siapa kata tak ada keta robot kat malaysia nihh... hehehe....sebenornya memang tak ada benda kejadah tu kat malaysia, apatah lagi dimata dunia. Robot tadak, tapi kereta yang menyerupainya ada. Sejibik betul macam dalam citer Transformers dia layar perak. Nama robot tu ialah Bumblebee. Kalau ikut sejarah citer katun transformer, bumblebee dalam citer klasik katun tu keta kodok, atau pun keta volkwagen ( wak segan ). Tapi , setelah mikel bay termenung berpanjang jela barulah la dia pikir nak ubah penampilan keta bumblebee tu. Dari kereta volkwagen ker brand new car cheverolet camaro. pehh... sebut betul-betul.. c.a.m.a.ro. Dengar pun dah gerun apatah kalau memilikinya( mimpi jer la ) .
Tapi masa itu macam tak percaya jer aku, terpandang lak 2 buah keta high performance. Keta pertama keta Lamboghini... tu pun dah cukup buat muncung aku kedepan. Tapi bila tengok keta kat sebelah dia... Fuuuuyoooo............ . Macam mimpi jadi realiti lak, dapat pegang bumblebee. hehehe... Betul-betul mantap sih... . Dengan reka-bentuknya, rims nya. peh... . Pa lagi buat sedikit dokumentasi la ( amik gambo...udah jakun la katakan). Esoknya aku sembang-sembang la dengan sepupu aku yang bekerja kat sebuah hotel disebelah klcc, dia habaq tu keta jejai. Jejai mana lakk nihh.... rupanya jejai yang dulu bekas suami nora danish. Alaa... yang ada skandal ngan si pasha sandha tu. hehehe...  Bila di tengok no plate camaro tu, JEJ41. Kalau di telaah dengan baik, JEJ41 tak ke sama dengan JEJAI. Memang dah sah la tu. Tak lama kemudian dah banyak dah aku dengar kat dalam tv yang jejai ada lambo dan camaro ni.
Ingat tak kat kl ada buat Autoshow kat pwtc, ada depa tunjukkan keta bumblebee nihh... Memang mantap lagi-lagi disertakan dgn seorang gadis di sebelah keta tu. heheheh... Aku saja mengatal tanya kat org yang bertugas kat sana, keta camaro tu keta jejai ker, dia kata tak. Dia import dr luar negara.
Sehingga kini aku maseh gak nampak keta tu parking kat valet pavalion kuala lumpur. Besak aa... atas tu kan banyak pub. hehehe...    


Ahad, 24 April 2011

Ramai orang tak suka pada hari isnin, kenapa yer... Adakah disebabkan ari senin tu selepas hari ahad, besak aa... ari ahad ramai yg gi jenjalan kat kl, ada yang main bola, ada yang malamnya gi huha..huha.. kat luar sampai pagi, tak kurang ada yang buat majlis kawin pada hari ahad. Bila dah tiba ari senin, mulalah penyakit malas tu mai, mulalah plan nak mc, dan paling kronik dan gengsterr ada yang plan nak monteng kija. hehehe... tapi nasib baik la aku maseh belum sampai ke tahap tu lagi. walau penat cemana pun ari ahad tu, aku tetap pi keja ari senin. Ari ahad bukan penat apa pung, penat tido satu hari. hehehehe....
Pernah la dulu di sesuatu ketika, masa dah tak ingat ntah biler, aku betul-betul malas tahap dewa nak keja ari senin, aku plan nak amik mc. Pi kat klinik ingat nak amik mc, besa aa... alasan nya cirit birit. Selalunya menjadi alasan tu, tapi hari tu lak tak menjadi plak alasan tu. Apa lagi, tak dapek la mc. Tapi ati memberontak gak, aahhh... aku nak mc gak... sbb company yang aku keja ni kalau takde surat mc doktor panel, alamatnya dapek la 'warning letter'. hahahaha... . Mula lah aku dengan plan B, pi klinik kerajaan. Apa yang aku pasti kalau mc dr kerajaan ni tak boleh dipertikai oleh mana-mana syarikat kerajaan atau swasta. Mc kerajaan maa... . Mula lah perjalanan aku ker klinik daerah tak jauh dr tempat aku bekerja. Mcm besa buat muka toye dan amik nombor giliran. Tunggu punya tunggu... besalah klinik kerajaan, mula-mula aku rasa pening-pening sikit. Tunggu lagi panas dah makin mendidih sket.. tak tau dah brapa celsius... Bila dah sampai giliran aku jumpa doktor, secara rasmi doktor tu cakap aku patut dapat mc sebab dah dapat demam. hahahha.....
Jadi kepada rakan-rakan sekalian... janganlah ikut plan A mahu pun Plan B aku ini... kerja lah dengan jujur dan tahap keikhlasan yang tinggi... hehehe.... adios ... marcelius...